Archive

Archive for the ‘Global’ Category

6 September 2017

September 11, 2017 Leave a comment

6th September, dalam jam 3pm dapat call dari wife, die bagitau pengasuh ade call die yang hudzaifah muntah2 dan agak banyak. terus bergegas ambik wife kat ofice die then terus balik. in a meantime, inform my Manager to get early leave for this reason. dah sampai rumah, wife terus ambik hudzaifah yang di pinggil adik sebagai nama panggilan. after dah ambik adik dari rumah pengasuh, terus pergi ke klinik yang berdekatan. after drop my wife and adik dekat klinik Idzham di setiawangsa, aku terus ambik anak2 aku yang lain kat Tadika, abang hilmi and abang hafiz. pusing balik tunggu dalam kereta sampi wife datang. after receive treatment from clinic, Dr in clinic advice to refer to GH. after that, we rushing to GH since already 5pm. jalan Jem wo…. i am waiting in my car with others son whilw my wife going to emergency area. lebih kurang dalam jam 7pm baru dapat berita dari wife, adik kene warded. tanpa banyak bicara start my car then go back to my house.

Mintak tolong my jiran, tinggalkan my son here while i am packing any necessary thing need such as shirt, pampers and also milk powder for adik. lepas tu gerak balik ke GH dalam jam 7.30 pm. agak2 la kan time ne dasyat jugak jem nyer. dalam kul 9 lebih baru sampai GH. terus je ke ward KK6 as informed my wife bed 14. ingatkan bahagian depan since no 14, rupenyer non jauh di hujung….

tinggal la my wife and adik dekat ward. suhu spike bile tengah malam n tengah hari. Dr, masih lagi x tau kenape. so kene la ambik darah n urine. my wife yang buat semua tu…. TQ my wife berkorban apa saja demi anak bongsu ku ini…. days to days, ingat kan Jumat 8 September dapat la kuar ward, dan2 tengahari tu suhu spike again. ape lagi, dr buat tube untuk bagi antibiotik through injection. alhamdullillah from that time until Saturday morning nothing happen, suhu normal and no more spike. Dr bagi balik la, alhamdullillah charge hanya 20 hinggit. mane nak dapat kos camni kalau kene warded kat swasta kan….

Untung la Jadi Rakyat malaysia, Malaysia masih aman. Kita x akan bersyukur selagi tidak menerima musibah dan ujian dari Allah SWT. itulah core die.

 

Alhamdullillah kini adik makin sihat.

Categories: Global

Hari Kemerdekaan – 60

September 5, 2017 Leave a comment

Agak lama jugak la x menjejak kaki ke acara kemerdekaan ni, rasa2 nyer since 1997 la kot. huhuhu.. seingat nyer la dulu pergi acara sambutan hari kemerdekaan Malaysia dulu di hometown, yer la sebagai pelajar sekolah and kene masuk perbarisan untuk hari kemerdekaan peringkat negeri gitu…. for now its our responsibilities to educate our kids to appreciate Hari Kemerdekaan.

maybe anak2 yang masih kecil ni x tau ape itu Hari Kemerdekaan dan belum erti makna kemerdekaan. suatu hari nanti pasti akan memahami. walau apa pon kali ni aku heret satu family bawak pg dataran untuk melihat perbarisan. walaupon x dapat tengok dengan bail, cukup la dari jauh. one day mesti dapat jugak kan. otw walik ternampak barisan anggota keselamatan di tepi jalan, mintak kebenaran dulu sebelum ambil beberapa keping gambar. huhuhu…

 

boleh jadi sejarah ni…. bukan senang nak snap picture bersama meriam and thank ni… huhuhu

 

Categories: Global

5 September 2017

September 5, 2017 Leave a comment

Salam, lame dah x mencoret something kt sini. huhuhu…

1st day after 5 days holiday, agak boring jugak keje… semakin ramai old staff resign. last resign pok pih end of august. aku ni ntah bile nak resign pon x tau. apply jobstreet still x dapat2 jugak. interview pon langsung x panggil2….

kos sara hidup makin meningkat… gaji still di takut lamer…. redoh je la….

new staff coming with position Senior System Analysist. wow…. agak2 berapa la company bayar die yer…. mampu tgk je la kan…

nak jadi system analyst mmg x mampu la kna.. job discriptin pon x tau ape die… huhuhu…

next year my older son will going to standard 1 in Wangsa Maju…. ntah camne la die kan…. bile citer kat die cam seronok jer nak masuk sekolah baru. tibe mase nanti ntah ape yg berlaku pon x tau…..

my youngest son. menyambut hari kelahiran pada 1 september 2017. genap umurnya 2 tahun…. sangat cepat sensitive, merajuk pon dah pandai dah… x nak kalah dgn abang2 nyer… pantang abang main mesti nak main jugak then suke usik abang2 nyer main. dah mula pandai berkata2…

tiap kali balik keje sejuk gak la dengar suara lunak nyer berbunyi aya…. huhuhu…..

matanya cukup bulat…..

 

Categories: Global

Hibah 2

September 6, 2016 Leave a comment

APAKAH ITU HIBAH?
Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu. Sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, tidak mengharapkan pahala di akhirat atau memuliakan seseorang dan dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”.
(Surah al-Nisa’ ayat 4)

Selain itu, dalam Al-Quran yang bermaksud: “… dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya”.
(Surah al-Baqarah ayat 177)

RUKUN HIBAH
(i)    Pemberi hibah (al-Wahib)
Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rusyd. Pemberi hibah
mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas
hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang
bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

(ii)  Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama
ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh
atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima
hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan
dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.

(iii) Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat iaitu hendaklah barang atau
harta yang halal. Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak. Barang atau harta itu
milik pemberi hibah. Ia boleh diserah milikkan dan benar-benar wujud semasa dihibahkan.

(iv) Sighah iaitu ijab dan kabul
Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah.
Di antara contoh lafaz ijab secara terang (sarih) ialah seperti kata pemberi “Aku berikan barang ini kepadamu”
atau secara kinayah seperti kata pemberi “Aku telah menyerahkan hakmilik kepadamu” atau “Aku jadikan
barang ini untukmu”. Sementara contoh lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti “aku terima”, “aku redha”
dan sebagainya.

PENERIMAAN BARANG (AL-QABD) DALAM HIBAH
Istilah al-qabd (penerimaan barang) bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya dan boleh melakukan tasarruf terhadap barang atau harta tersebut. Mengikut mazhab Hanbali dan Maliki, penerimaan barang tidak disyaratkan dalam sesuatu hibah, malah memadai dengan akad semata-mata. Ini bererti apabila berlaku kematian salah seorang atau salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebelum penyerahan barang, maka hibah itu tidak terbatal. Sebaliknya, mengikut Abu Hanifah dan Syafie, penerimaan barang merupakan salah satu dari syarat sah hibah. Oleh itu, apabila berlaku kematian salah satu dari dua pihak sebelum penyerahan barang, maka hibah itu terbatal.

Dalam mazhab Syafie, al-qabd merupakan syarat luzum, ertinya akad hibah tidak sempurna dan tidak berkuat kuasa dengan ijab dan qabul semata-mata, kecuali selepas al-qabd. Sekiranya al-qabd tidak berlaku maka akad hibah merupakan akad yang tidak mengikat. Oleh itu, pemberi hibah berhak menarik balik hibah tersebut selama mana harta berkenaan berada dalam pemilikannya.

Cara penerimaan barang (al-qabd) adalah berbeza-beza mengikut jenis harta sama ada harta tak alih atau harta alih. Bagi harta tak alih, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengosongkan harta itu, menguasainya dan melakukan tasarruf terhadap harta tersebut seperti menyerah kunci dan seumpamanya. Manakala bagi harta alih pula, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengambil harta itu, memindah atau mengasingkan harta tersebut dengan harta-harta lain.

KADAR HARTA YANG BOLEH DIHIBAHKAN
Islam tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan. Ini kerana harta yang hendak dihibahkan itu merupakan milik pemberi hibah, maka terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, Islam menggalakkan hibah diberikan secara adil, lebih-lebih lagi jika diberikan kepada anak-anak.

Jumhur ulamak (Hanafi, Maliki dan Syafie) berpendapat bahawa sunat menyamakan pemberian di antara anak-anak dan pemberian yang lebih kepada salah seorang daripada mereka adalah makruh hukumnya, walaupun pemberian itu sah. Bagi Abu Yusuf, melebihkan pemberian kepada sebahagian daripada anak-anak adalah diharuskan jika ibu bapa tidak berniat menimbulkan bahaya kepada anak-anak yang lain. Sekiranya ibu bapa berniat sedemikian, maka menjadi kewajipan mereka menyamakan pemberian tersebut. Menurut mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak-anak merupakan perkara yang wajib. Manakala menurut Imam Malik, tidak boleh memberi hibah semua harta kepada sesetengah anaknya dan tidak kepada yang lain.

Menurut pendapat Hanafi, Syafie, Maliki dan Abu Yusuf, cara pemberian harta yang adil kepada anak-anak semasa hayat ialah dengan cara menyamakan pemberian tersebut tanpa membezakan di antara anak lelaki dan anak perempuan. Sebaliknya, golongan Hanbali dan Muhammad bin Hassan al-Shaybani berpendapat bahawa keadilan yang dikehendaki dalam pemberian adalah mengikut kadar mereka dalam pembahagian harta pusaka, iaitu bahagian anak lelaki menyamai dua bahagian anak perempuan.

BOLEH KE HARTA HIBAH DITARIK BALIK?
Fuqaha berselisih pendapat adakah hibah boleh ditarik balik atau tidak. Menurut pendapat mazhab Hanafi, pemberi hibah makruh menarik balik hibah yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan hibah tersebut walaupun telah berlaku penyerahan (qabd), kecuali jika hibah itu dibuat dengan balasan (‘iwad). Menurut pendapat mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab Maliki penarikan balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul. Tetapi apabila disertakan dengan peyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selama mana harta itu tidak ada kaitan dengan orang lain.

Menurut pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh (haram) menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik muntahnya…”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Secara umumnya, para fuqaha’ bersetuju mengenai keharusan pembatalan hibah sekiranya ia dilakukan secara redha meredhai antara pemberi dan penerima hibah atau melalui keputusan hakim. Sungguhpun Islam membenarkan penarikan balik hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya, tetapi ia terikat dengan syarat bahawa harta tersebut masih lagi di dalam pemilikan anaknya (cucunya). Sekiranya harta itu terkeluar dari kekuasaan dan pemilikan anaknya (cucunya) seperti telah dijual, diwakaf atau dihibah kepada orang lain dan harta itu telah diterima oleh penerima hibah
(orang lain), maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik lagi.

Categories: Global

Hibah

September 6, 2016 Leave a comment

Apa itu Hibah

HIBAH ialah pemberian milik tanpa balasan oleh Penghibah secara sukarela semasa hayat atas dasar kasih sayang.

Faedah Hibah

  • Penghibah bebas menghibahkan harta yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati.
  • Jenis harta yang boleh dihibahkan ialah rumah / hartanah yang tidak bercagar dan mempunyai surat hakmilik/geran serta wang tunai sahaja.
  • Ibubapa boleh menghibahkan harta kepada anak angkat & anak kandung.
  • Suami / isteri dapat menghibahkan harta kepada sesama mereka.
  • Harta yang dihibah terkeluar daripada pentadbiran harta pusaka.
  • Sesiapa sahaja layak menerima harta Hibah.
  • Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain.
  • Sebagai satu alternatif atau penyelesaian bagi  pembahagian harta bagi saudara baru / mualaf.
  • Penghibah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan.
  • Pembatalan Hibah adalah dibolehkan jika melibatkan Hibah yang dibuat oleh ibu/bapa kepada anak atau datuk/nenek kepada cucu jika memenuhi syarat-syarat tertentu atau juga atas persetujuan bersama Penghibah dan Penerima Hibah

 

Categories: Global

2016 Economy Perseption

September 5, 2016 Leave a comment

Bissmillahirahmanirahhim….

A few week i read about Malaysian Economy will be screw down with many information from paper say that largest banking institution had closed down their branches. Some say that our Debt is too high compare with our income and also describe about our house hold debt keep increase.

First of all, we need to analysed why the company closed down their branches? I believe, nowadays people do a lot of their banking transaction through internet since lazy to take numbers at the counter and also had limited time compare to go to the branched then need to q and wasting time. When more people using their internet banking facilities, the branches that had old fashioned style will no longer available and banking need to improve their operation too.

That’s why  they closed more branches who got slow customers walk in into their premise. There is no wrong for them to do it that way. If we think, closing down will make employee working at that branches will loosing their job is absolutely wrong. Employer already think about that and will not simply cut off their job, they will be transfer to another department or another branches that need more people to do their job and also may send their employee for training with new technologies so that the employee will keep on track what changing in world banking institution.

We as a citizen also need to change to a new era. Change our mindset and change our attitude. We should’t stay in comfort zone if we want to success and changes make us mature.

Why house hold debt increase? That’s was a good question. First of all we need to define what is need and what is not. Some people get loan from banking facilities to purchase house and cars, etc. The problem is how we manage to balance between loan payment with lifestyle? If our lifestyle is more to spending than we will screw down and did’t had much money to pay loan.

Saving is another thing. Some think we need to save more money but where we save the money? Saving is not guarantee our asset will save for future. To make economy growth, we need to spend but not over spend. Remember that. Spend equally and always remember our future. Saving also good but saving our money not just in single basket.  Saving need to add with investment. Saving will not growth your asset. Invest do. Lets learn about Investment.

 

Sekian,

nainif82.

Categories: Economy, Global

My Hero

December 5, 2015 Leave a comment

2015-10-23 15.39.54

Bismillah hi rahman ni rahim….

Alhamdullillah bersyukur ke hardat Ilahi, kini aku telah memilik 3 orang jejaka hensem, comel dan berharap akan menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT apabila dewasa kelak.

Setiap hari pulang dari kerja, cukup terhibur rasanya melihat celoteh ketiga-tiga hero ku ini walaupun penat belum lagi hilang. Bagaimanakah agaknya arwah ayahku pulang dari pasar payang tempat kerjanya hari-hari pabila pulang kerumah….

Abang dengan celoteh nakalnya, angah dengan celoteh manjanya manakala adiknya pula belom mengenal erti apa-apa… yang tau hanya mahu bermain, mahukan susu dan tidur….

Terfikir juga bagaimana akan si abang menghadapi perubahan hidupnya… tahun hadapan, abang akan di hantar ke Tadika. berpisah dengan adik-adik kesayangannya. Sedangkan setiapkali aku menjemputnya di rumah pengasuh dan setiapkali itulah dia akan pulang kerumah bersama-sama dengan adik-adiknya. Tanpa adik-adiknya, selangkah kaki nya tidak akan bergerak selagi adik-adiknya tidak turut bergerak.

Cukup sayang abang dengan adik-adiknya. aku berharap kasih sayang anak-anak aku ini akan berkekalan selamanya. Tiada pergaduhan tiada perselisihan yang menyebabkan keretakan di antara mereka. Siapa sangka apa yang akan berlaku di masa hadapan. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat aku doakan.

Semoga Hubungan anak-anak ayah akan senantiasa erat dan rapat selama-lamanya… Amin….

 

Categories: Global

Kelahiran Ketiga

September 5, 2015 Leave a comment

Bismillahi rahman ni rahim,

Assalamualaikum wbt.

Sudah agak lama tidak menulis. Kekeringan idea dan juga kesibukan urusan dunia.

Tanggal 1hb September 2015, aku sambut rezeki dari Allah swt dengan rasa berbesar hati dan penuh dengan tanggungjawab. Kehadiran putera ku yang ke tiga menambahkan lagi tanggungjawab sebagai seorang ayah.  Ku namakan anugerah Allah ini dengan nama Muhammad Zulhudzaifah. Sebahagian nama sahabat Rasulullah SAW. Di harap, kehadiran putera ku ini dapat menambahkan dan menguatkan keimanan ku kepada Allah swt. Amin.

Categories: Global

Agenda PKR

August 12, 2014 Leave a comment

Assalamualaikum Wbt & Salam Sejahtera.

 

Sejak dari bulan Jun 2014 sampai Ogos 2014, pelbagai andaian di buat dalam blog dan juga akhbar tempatan berkenaan keadaan politik yang berlaku di Negeri Selangor. Tanggal 11 Ogos 2014, terjawab sudah apa yang menjadi kemusykilan penulis blog. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih lagi seorang MB yang sah di Selangor.

 

Parti yang mendukung beliau tetap tidak berpuas hati dan senantiasa mencari  kesalahannya demi menjatuhkan nya serta melantik Wan Azizah menjadi MB Selangor. Permainan DSAI cukup licik, demi kepentingan nya dan juga demi kejayaan politiknya, pelbagai helah dilakukan – dengan satu tujuan iaitu menuju ke Putrajaya. Impian nya untuk menjadi Perdana Menteri masih lagi tidak kesampaian, maka akan dicuba dengan pelbagai helah dan muslihat.

 

Apa yang telah di lakukan oleh Tun Dr Mahathir suatu ketika dahulu adalah tepat dan nyata. Pada tahun 1999, rakyat Malaysia masih lagi buta dengan tipu muslihat yang telah di lakukan oleh DSAI tetap Tun telah melihat nya dan telah melakukan perkara yang sepatutnya, sememangnya DSAI tinggal di penjara sahaja dari terus merosakkan pemikiran rakyat.

 

Wassalam…

Categories: Global, Politik

2014 Tragedy

July 26, 2014 Leave a comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Year 2014, a lot thing happen. For our country, two major incident that really make tough for our government and also to our Commercial Aircraft Company. One is the incident that make air plane gone missing and another one is being shoot by anti air craft. It happen in two different Continent. MH 307 and MH 17.

Some make it as a conspiracy, some think it may be just a coincident. But for me, it not just happen. It must had a strong reason. Who know what it the reason but it cost a live. Not just a few but hundred.

What ever challenge is, we need to be united as a Malaysian. We should not make any negative statement to our country and our Government, Let them handle with full of courtesy and intelligent.

Lets pray to our lost members in MH….. Do not forget what happen to our beloved Palestinian. Our Brotherhood being slaughtered by Zionis. Kids and women being bombed day and night.