Bahagia

Bahagia adalam merupakan suatu perkara yang subjektif. Tidak dapat di fikirkan sejauh mana bahagia itu dapat di capai dan di penuhi. Dalam buku tulisan Dr. HAMKA ada menyatakan bahawa setiap individu mempunyai cara yang tersendiri dalam mencapai kebahagiaan dan ianya bergantung kepada laluan yang di gunakan oleh individu tersebut dalam mencapai kebahagiaan.

Apa yang boleh di perkatakan menurut pandangan penulis sendiri adalah bahagia tidak seiring dengan nafsu kerana nafsu tidak pernah cukup. Bagaimanakah seseorang itu boleh di katakan bahagia? Sebagai contoh dari sudut pandangan penulis, penulis mahukan kebahagiaan dengan mempunyai kekayaan dan pendapatan sebanyak 10 ribu sebulan. Adakah apabila mencapai tahap pendapatan 10 ribu sebulan mencukupi apabila tiba masanya?

Sudah tentu tidak kerana kebahagiaan apabila mencapai 10 ribu tidak tercapai, nafsu mula membujuk untuk mencapai lebih lagi dan mahukan jumlah yang lebih besar. Dari sudut ini, dapat di lihat kebahagiaan tidak tercapai malah nafsu mula menguasai diri dan pemikiran mula menjana rangka perjalanan untuk mencapai tujuan tersebut. Bilakah penulis akan mencapai kebahagiaan yang pada mulanya meletakkan target 10 ribu pendapatan? Itulah yang di katakan tidak seiring.

Allah SWT menciptakan manusia dengan akal dan nafsu. Apa pula perbezaan di antaranya dan bagaimana ianya mempengaruhi dalam mencapai kebahagiaan? Dua perkara dan dua sifat yang berlainan sifat ini menurut HAMKA lagi mampu mempengaruhi apa yang di cari sebagai bahagia.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: