Home > Muhasabah Diri > Mukmin Profersional – Bahagian 2

Mukmin Profersional – Bahagian 2

Alhamdullillah, Segala puji bagi Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat.

Setelah tamat bahagian pertama penulis membaca buku tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ini, agak terasa di dalam dada ini cukup berat dan berdosanya diri ini terhadap diri ini. Penulis merasakan perlunya buku ini di baca berulang – ulang demi memahami dengan lebih mendalam tentang apa maksud yang tersirat yang hendak di sampaikan. Cukup banyak yang ketinggalan rupanya.

Bahagian pertama merangkumi 5 bab yang mana ianya saling berkait rapat. Bab satu menceritakan tentang kaitan perilaku dengan hasil kerja. Apa yang di perkatakan dengan perilaku dan apa pula yang di katakan dengan hasil kerja. Persoalan ini sudah pasti sinonim dengan mana – mana kursus yang di hadiri tetapi hampir kesemua kursus kemantapan diri atau motivasi diri tidak membincangkan perkara ini dalam konteks Islam dan pengamalan yang perlu di lakukan oleh seorang Muslim.

Kita sebagai orang Islam senantiasa mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah Azzawajalla tetapi tidak pernah mengambil ikhtibar tentang sikap Rasullullah SWT yang mana perjuangan Baginda Rasulullah dalam menegakkan Islam. Perilaku Rasulallah SWT adalah yang terbaik di kalangan semua manusia di Dunia ini tetapi langsung tidak di jadikan sebagai role model. Sejarah Islam telah membuktikan kaitan sikap dengan hasil kerja yang mana wujudnya sebuah empayar Islam yang menguasai dua per tiga daripada dunia ini. Itulah sikap yang di contohi oleh semua sahabat dari zaman Rasulullah sehingga zaman khulafa al-rasyidin.

Bab dua pula menceritakan tentang sedekah. Pelbagai kaedah sedekah daripada sedekah dengan harta benda sehinggalah sedekah dengan kata – kata. Sedekah boleh di sifatkan sebagai memberi dan memberi ini dapat di lihat dalam salah satu nama Allah iaitu Al-Wahab. Penerangan yang terperinci boleh di baca menerusi buku tulisan Ustaz Pahrol sendiri yang di terbitkan oleh Fitrah Perkasa.

Bab tiga pula menceritakan tentang kecermelangan di dunia dan di akhirat. Aa yang di maksudkan dengan kecermelangan di dunia ialah apabila memiliki fizikal, material dan juga spiritual. Manakala kecermelangan di akhirat pula adalah apabila memiliki keredhaan Allah SWT dan juga dapat memasuku Syurga yang di idam – idamkan oleh semua Umat Muslimin. Dalam bab ini juga memperincikan bagaimana seorang individu mempengaruhi kecermelangan organisasi, konsep sayangi diri sendiri dan juga kekuatan yang terpendam di dalam diri yang sentiasa terlindung dengan harga diri yang senantiasa di salah ertikan.

Bab empat pula banyak menceritakan tentang sifat manusia dan bagaimana sikap mencetuskan kejayaan. Dalam bab satu telahpun menceritakan tentang sikap tetapi mengapa dalam bab empat ini pula masih lagi menceritakan tentang sikap? Jawapan nya adalah kerana Sikap itu menyumbang 93 peratus kejayaan seseorang atau organisasi. Sebagai contoh, para sahabat menjadi begitu cemerlang dalam menyebarkan Islam di seluruh pelusuk Dunia adalah kerana Sikap mereka telah berubah dengan ajaran Rasulullah SWT selama 23 tahun Baginda Rasullullah menyebarkan Islam di Asia Barat.

Sikap wujud dengan tiga kombinasi elemen di dalam diri manusia iaitu Akal, Nafsu dan Hati. Tiga elemen ini merangkumi sebuah negara yang mempunyai Raja, Bendahara dan Pengacau. ketiga – tiga elemen ini memainkan peranan yang cukup penting dan tidak boleh di pisahkan, setiap ciptaan Allah sudah semestinya mempunyai maksud yang tersendiri.

Bab lima pula menceritakan tentang kesedaran. Di ceritakan juga maksud pandangan dari pelbagai aspek iaitu mata, akal, nafsu dan mata hati. Saidina Ali RA pernah berkata bahawa manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur, apabila mati baru terjaga. Telitilah dengan menggunakan mata hati dalam mencari erti sebenar perkataan ini. Penulis juga sedang mencari maksud yang sebenar tentang kata – kata ini. marilah sama- sama kita melihat dunia ini dengan mata hati semoga Allah merahmati apa yang kita lakukan dan hendaklah segala pekerjaan kita, tingkah laku kita adalah kerana Allah SWT dan mendapat ke redhaan Nya serta Iradah-Nya.

Dalam membincangkan secara terperinci bahagian satu ini, penulis perlu mendapat keizinan pihak yang berusaha keras dalam menerbitkan buku ini terlebih dahulu dan sekiranya mendapat izin, insyallah penulis akan berusaha sedaya upaya untuk mencoret apa yang di fahami dengan mendalam apa yang di katakan Mukmin Profersional – Celik Mata Hati. Insyallah..

Amin.

 

Categories: Muhasabah Diri
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: