Home > Muhasabah Diri, Pendidikan Islam > Kelahiran Pertama

Kelahiran Pertama

Detik Dan hari yang tidak akan di lupakan dengan sewenang – wenangnya, tanggal 4 December 2011 jam 10 pagi, aku Di kejutkan dengan panggilan daripada isteri tercinta. Katanya, Di melakukan pemeriksaan di klinik panel berhampiran pejabatnya di Jalan Ampang. Dr yang memeriksanya mendapati tekanan darahnya agak tinggi dan menasihatkan isteri bercuti dan mendapatkan nasihat di HKL.

Tanpa melengahkan masa, aku terus memohon cuti di tempat kerja sambilan aku, terus memecut laju ke pejabatnya dan mengambilnya untuk mendapat rawatan susulan di HKL. Tetapi oleh kerana di HKL pada pagi itu terlalu ramai pelawat, maka aku berbincang debgan isteriku untuk datang pada waktu petang sedikit Dan terus membawa isteriku pulang ke rumah.

Jam 2 ptg, aku kembali membawa isteriku ke hospital dan keadaan perut isteriku masih lagi sepertimana pagi tadi. Terus ke Hospital Bersalin di HKL dan mendapatkan rawatan di bahagian tapisan terlebih dahulu. Dek kerana lama menunggu, aku Cuba melilau di kawasan hospitan, merokok di hadapan pintu hospital dan juga pergi minum di kedai berhampiran.

Tidak lama kemudian, aku terkejut dengan panggilan Dr yang bertugas untuk berjumpa dan berbincang dengan aku sebagai suami kepada isteriku. Setelah mendapat taklimat ringkas dari Dr yang bertugas, aku membuat keputusan yang penting iaitu membenarkan pihak hospital melakukan pembedahan secara cesarean bagi menyelamatkan nyawa anak dalam kandungan isteriku dan juga isteriku. Ini semua gara – gara tekanan darah isteriku yang agak tinggi & menyebabkan bayi dalam kandungan tidak senang duduk.

Isteriku di masukkan kedalam wad rawatan rapi, yang mana setiap jam tekanan darah isteriku di ambil termasuk denyutan jantung babyku serta Dr menyuntik hormon estrogen yang bertujuan untuk menguatkan paru – paru bayi di dalam kandungan.

5 December berlalu, tiada tanda – tanda isteriku akan di bedah lagi tetapi Mak mertuaku sudahpun sampai manakala mak kandungku pula dalam perjalanan. Petangnya pula aku Di beritahu oleh Dr yang bertugas bahawa tanggal 6 December, isteriku perlu di bedah.

Aku terima dengan redhaiNYA. 6 December, jam 12 tengahari isteriku di masukkan kedalam dewan bedah. Aku hanya mampu menunggu & berdoa agar isteri & anakku selamat semuanya.  tepat jam 2 petang aku dapat melihat bayi lelaki ku yang sulong & comel. Aku azankan di telinganya serta bisikkan namanya. Aku namakan bayiku dengan nama Muhammad Zulhilmi yang membawa maksud yang memiliki kesabaran & kesopanan.

Ketika aku menulis coretan ini, aku menanti kelahiran bayiku yang kedua dengan cara yang sama memandangkan isteriku mempunyai sejarah tekanan darah beserta dengan jarak yang tidak jauh dengan anak sulung ku.

Walaubagaimanapun, detik melihat bayiku yang pertama membuatkan aku menitiskan air mata kegembiraan. Isteriku yang telah bersalin masih belum dapat aku lawati lagi memandangkan semua ahli keluarga sedang melawat.

Aku cukup bersyukur kepadaNYA di atas kemurahan rezeki yang di berikan kepadaku walaupun aku sedikit kesempitan dan aku juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas hadiah yang tiada tandingan ini. Melihat anakku membesar dari sebesar tapak tangan hingga setinngi kepala lututku memberikan aku kesedaran sedikit sebanyak akan ke alpaan aku terhadap tanggungjawabku terhadapNYA.

Terimakasih ALLAH SWT.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: