Home > Global > My Hero

My Hero

2015-10-23 15.39.54

Bismillah hi rahman ni rahim….

Alhamdullillah bersyukur ke hardat Ilahi, kini aku telah memilik 3 orang jejaka hensem, comel dan berharap akan menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT apabila dewasa kelak.

Setiap hari pulang dari kerja, cukup terhibur rasanya melihat celoteh ketiga-tiga hero ku ini walaupun penat belum lagi hilang. Bagaimanakah agaknya arwah ayahku pulang dari pasar payang tempat kerjanya hari-hari pabila pulang kerumah….

Abang dengan celoteh nakalnya, angah dengan celoteh manjanya manakala adiknya pula belom mengenal erti apa-apa… yang tau hanya mahu bermain, mahukan susu dan tidur….

Terfikir juga bagaimana akan si abang menghadapi perubahan hidupnya… tahun hadapan, abang akan di hantar ke Tadika. berpisah dengan adik-adik kesayangannya. Sedangkan setiapkali aku menjemputnya di rumah pengasuh dan setiapkali itulah dia akan pulang kerumah bersama-sama dengan adik-adiknya. Tanpa adik-adiknya, selangkah kaki nya tidak akan bergerak selagi adik-adiknya tidak turut bergerak.

Cukup sayang abang dengan adik-adiknya. aku berharap kasih sayang anak-anak aku ini akan berkekalan selamanya. Tiada pergaduhan tiada perselisihan yang menyebabkan keretakan di antara mereka. Siapa sangka apa yang akan berlaku di masa hadapan. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat aku doakan.

Semoga Hubungan anak-anak ayah akan senantiasa erat dan rapat selama-lamanya… Amin….

 

Categories: Global
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: