Home > Politik > Year 2015

Year 2015

Bissmillah hi Rahman ni Rahim

Tahun 2015 merupakan tahun yang cukup mencabar bagi aku. Tahun ini juga aku di nasihatkan untuk berhenti melakukan kerja-kerja part time aku dan memberi konsentrasi yang penuh terhadap kerja-kerja aku di pejabat.

Cukup pedih untuk kau tinggalkan tapi demi anak-anak yang memerlukan kasih sayang ayahnya, terpaksa juga aku berhenti melakukan kerja part time aku. tambahan pula kerja di pejabat juga turut menambah bebas yang mana kadang kala aku terpaksa kembali ke pejabat pada waktu malam untuk siapkan kerja-kerja aku demi date line yang telah di tetapkan.

Walaupun kewangan aku menjadi semakin kurang tetapi aku percaya akan rezeki itu daripada Allah SWT. Aku tetap teruskan jua. Tak kala aku telah menyesuaikan diri dengan keadaan situasi kewangan yang terhad, aku dengar pula kenaikan harga minyak dan barang yang menjadikan semakin sempit. Kepercayaan aku tetap utuh. Aku hanya perlu merangcang kembali perbelanjaan aku.

Kenaikan harga minyak berlaku bukan tetap. kadang kala naik kadang kala turun. Alhamdullillah… walaupun kenaikan dan penurunan tidak nampak sangat kesannya kerana aku menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja maka tidak memberi kesan yang sangat besar kepada perbelanjaan aku tambahan pula Kerajaan telah berjanji akan mengawal kenaikan harga barang dengan lebih effective.

GST pula melanda. aku jangkaan harga barang akan naik mendadak memandangkan 6% di kenekan keatas barangan dan perkhidmatan. Aku cuba memberitahu dalam diri aku, ikut sahaja manalah tau akan memberi faedah pada masa akan datang. Alhamdullillah Kerajaan sekali lagi berjanji akan memastikan tiada kenaikan keatas harga barangan tetapi tidak pula kepada perkhidmatan. Apa jua perkhidmatan yang aku gunakan pasti akan nampak kesannya. Terutamanya dalam perkhidmatan perbankan.

Membaca sebaran di dalam internet terutama facebook, tol akan naik dengan kadar yang agak banyak hujung tahun nanti. Nasib aku tidak menggunakan Tol secara kerap memandangkan kenderaan utama aku adalah motosikal. Sudah pasti apabila pulang ke kampung akan terasa sedikit beban kerana terpaksa menggunakan kereta.

Tambang bagi hampir kesemua perkhidmatan awam telah mengumumkan kenaikan harga sehingga 120%. Wahh… Apa yang aku harapkan semoga kualiti perkhidmatan awam juga akan turut meningkat 120%. Tak lama lagi tahun 2016 akan menjelma… apa lagi yang akan berlaku dan apa lagi yang perlu di hadapi… inilah kehidupan… Ntah apa yang aku merapu pon aku tak tau…

 

Sekian….

Wassalam…

Categories: Politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: