PRU 13

Assalamualaikum wbt & salamsejahtera.

Tanpa saya sedari kini Kali ke 2 saya perlu menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dalam pilihanraya umum Kali ke 13. Sebagai rakyat Malaysia, ianya menjadi satu kewajipan untuk memilih siapakah yang layak untuk memimpin Negara dalam tempoh 4-5 tahun akan datang.

Dalam kesibukan dengan segala urusan kerja, perlu juga Di luangkan sedikit masa mencari dan meneliti siapakah calon yang sesuai untuk di undi bagi mewakili saya sebagai rakyat Di dalam dewan rakyat dan dewan negara. Tanggla 20 April 2013 adalah detik di mana penamaan calon di adakan & akan bermula perang diantara calon bagi menunujukkan siapakah yang berkaliber Dan layak untuk mewakili rakyat di parlimen nanti.

Bagi saya yang masih lagi cetek ilmu Politik makin merasakan kejelekan terhadap mana – mana ahli Politik yang di lihat senantiasa mencari kelemahan individu, menyerang keperibadian individu dari pelbagai aspek, serta senantiasa menyumpah laknat mana – mana individu yang tidak Di sukai dengan perkataan yang agak kotor dan tidak sesuai Di gunakan tambahan lagi dengan anak – anak kecil yang tidak mengerti mempelajari situasi yang tidak bagus.

Alangkah baiknya sekiranya ahli Politik masa sekarang lebih mementingkan kesopanan dalam memberi ceramah Politik untuk meraih undi & kepercayaan rakyat serta bukan sekadar menabur janji kosong tetapi mempunyai jentera penggerak yang cukup kuat & berkaliber bagi menunaikan janji yang Di tabur.

Alangkah bagusnya sekiranya parti Politik Di Malaysia mengambil berat dalam masalah perkauman & keagamaan dalam menentukan polisi mereka & memperjuangkan bangsa Malaysia bukan hanya mementingkan kroni Dan poket mereka sahaja. Indahnya Malaysia bukan sahaja terletak kepada rakyatnya tetapi juga kepada pemimpinnya jua.

Begitu bagus kepimpinan DS Najib yang mewacanakan 1 Malaysia tetapi adakah akan wujud pemimpin sebegini apabila tamatnya PRU 13 nanti. Sama – samalah kita nantikan. Undi anda tanggungjawab anda. Tunaikanlah tanggungjawab anda dengan penuh rasa tanggungjawab.

Wassalam….

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: