My Profile

Assalamualaikum Wbt.

Saya di beri nama Zulkarnain B Zainudin, di lahirkan di Negeri Terengganu, Malaysia pada tanggal 3 Oktober 1982. Mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah pondok berhampiran sekolah agama Tok Jiring dan kemudiannya meneruskan pendidikan menengah di sebuah sekolah agama di Bandar Kuala Terengganu.

Melanjutkan pelajaran tinggi di dalam bidang kejuruteraan di salah sebuah IPTA di ibu kota. Walaupun pendidikan Agama saya tidaklah setinggi mana sepertimana pendakwah dan pengembang agamaq Islam tetapi berdasarkan kepada kesedaran saya sebagai orang Islam merasakan perlu untuk saya menulis sedikit sebanyak tentang Islam, inti pati Islam dan cara hidup Islam yang di tuntut oleh Junjungan Nabi kita Rasulaalah SAW.

Penulisan saya ini tidaklah diharapkan menjadi terkenal atau hebat apabila di baca oleh para pembaca sekalian tetapi di harap dapat sama – sama senantiasa mengingati Allah SWT dan juga senantiasa menjadi rujukan untuk semua para Muslim di malaysia, di samping boleh di jadikan sebagai rujukan sementara dalam mendidik diri kita menjadi seorang Muslim yang sejati.

Sekiranya terdapat salah kata atau salah tafsir dalam penulisan saya ini, di harap juga para pembaca dapat memperbetulkan dalam memberi komen yang membina dan juga boleh menghubungi saya terus di alamat e-mail saya nainif_82@yahoo.com dan permulaan tajuknya di letakkan kesalahan di page yang mana berkenaan.

Di harap kepada para pembaca dan juga saya, senantiasa mengingati Allah SWT dan tidak lagi hanyut di telan zaman yang kian mencabar minda dan mental para Muslim sekalian.

Wassalam.

Zulakrnain Zainudin

nainif_82@yahoo.com

 

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment