Archive

Archive for the ‘Pendidikan Islam’ Category

7M dalam mendalami Al-Quran

February 23, 2015 Leave a comment

Assalamualaikum WBT

 

Apa yang di katakan 7M? 7M adalah seperti berikut:

  1. Mempelajari
  2. Membaca
  3. Mengajar
  4. Menghafal
  5. Merenung
  6. Mengamalkan
  7. Mendaulatkan

Pertama ialah mempelajari iaitu merujuk kepada kehendak untuk belajar al-Quran sebagai gudang ilmu yang perlu diterokai. Jika perkara utama itu tidak ada dalam diri seseorang, maka amat sukar untuk membentuk seseorang itu menuju kejayaan sebagai generasi al-Quran.

Kedua ialah membaca al-Quran. Membaca bukan sahaja merujuk kepada membaca sahaja tetapi juga bermaksud mendengar bacaan al-Quran dibaca oleh orang lain, seperti mana Rasulullah SAW pernah meminta Ibnu Mas’ud untuk memperdengarkan bacaan al-Quran kepada Baginda.

Daripada Ibnu Mas’ud, Nabi SAW bersabda kepadaku: “Bacakanlah al-Quran untukku. Aku berkata: Wahai Rasulullah, saya membacakan al-Quran untuk tuan? Pada hal kepada tuanlah al-Quran diturunkan. Baginda bersabda: Sesungguhnya aku ingin mendengar al-Quran dibaca oleh orang lain. Maka aku pun membacakan untuk Baginda surah an-Nisa’ sehingga sampai ayat 41. Kemudian Baginda bersabda: Cukuplah sampai di sini. Saya menoleh kepada Baginda, tiba-tiba kedua matanya mencucurkan air mata.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apa yang berlaku kepada Rasulullah SAW sepatutnya dijadikan iktibar kepada umat Islam, generasi sebeginilah yang perlu dibentuk bagi memimpin masa hadapan. Generasi mempunyai hati yang cair dan lebur apabila mendengar bacaan al-Quran, yang dibaca sendiri atau mendengar orang lain membacakannya.

Membaca al-Quran boleh dijadikan sebagai aktiviti atau rutin harian setiap institusi keluarga, mudah-mudahan ia memberi rahmat kepada seluruh ahli keluarga di samping dapat melembutkan hati yang keras.

Ketiga ialah mengajar al-Quran mengikut kadar ilmu yang ada dalam diri. Seseorang individu boleh mendapat kebahagiaan dengan mengajar, sama ada mengajar ilmu berkaitan bacaan al-Quran atau ilmu lain seperti sains, matematik, geografi dan sebagainya.

Ustazah Norhafizah Musa dalam program Usrati mengambil contoh seorang guru sains yang hendak menceritakan mengenai kejadian manusia sepatutnya mengaitkannya dengan keindahan kejadian diceritakan dalam al-Quran untuk menarik minat pelajar sekali gus merasa lebih dekat dengan al-Quran itu sendiri.

‘M’ yang keempat ialah menghafaz ayat al-Quran, sama ada keseluruhan ayat, sebahagian daripadanya atau memberi motivasi dan galakan kepada anak untuk menghafaz al-Quran. Mereka adalah golongan yang menjaga akhlak, amanah kepada Allah SWT dan berdisiplin.

Sheikh Zainuddin Al-Malbari menulis satu syair yang menggambarkan pakej atau ciri-ciri orang menghafaz al-Quran. Qari dan hafiz haruslah berperangai dengan perangai yang baik dan diredai seperti zuhud terhadap kemewahan dunia, tidak menaruh perhatian kepada harta atau gilakan dunia.

Juga orangnya murah hati, dermawan, berakhlak mulia dan wajah berseri-seri. Seorang yang santun, penyabar, menghindari pekerjaan yang menghinakan dan sentiasa memperindahkan dirinya. Menjauhi tempat tertawa dan tidak bercanda berlebihan.

Takut pada ujub, riak, hasad, merendahkan orang lain, takbur dan sentiasa berhati-hati. Mempergunakan zikir, doa, tasbih dan tahlil yang jelas sumbernya. Selalu ingat kepada Allah SWT di saat sepi, ramai dan menyandarkan segala urusan kepada Allah SWT. Demikianlah sebahagian adab pembaca dan penghafaz al-Quran yang harus disempurnakan.

Kelima ialah merenung atau mentadabbur sementara yang keenam ialah mengamalkan. Generasi al-Quran sudah pastinya tidak akan wujud jika hanya menumpukan kepada belajar, membaca dan menghafaz, tanpa mengamalkan al-Quran.

Ketujuh, adalah mendaulatkan al-Quran yang mengandungi hukum-hakam dan syariat yang telah Allah SWT tentukan sebagai panduan hidup manusia. Generasi al-Quran sudah pasti akan menjadikan segala perintah Allah SWT dalam al-Quran sebagai perjuangan hidup dan mati mereka.

Ibu bapa perlu menjadikan 7M sebagai panduan mendidik dan menjadikan diri serta anak sebati dengan al-Quran, bermula daripada mempelajari sehinggalah mengamalkan isi kandungan al-Quran. Jangan menjadikan al-Quran rujukan apabila menghadapi kesulitan, kesusahan atau atas sebab yang memaksa.

Mohonlah kepada Allah SWT supaya menghadirkan kegembiraan dan kebahagiaan dalam hati kita untuk membaca, mengajar, belajar, mengamal ataupun memperjuangkan al-Quran. Jadikanlah saat berurusan dengan al-Quran saat yang menggembirakan supaya sentiasa ada rasa untuk berdampingan dengan al-Quran.

Sematkan rasa bahagia bertuah dalam diri bahawa Allah SWT telah memilih lidah kita untuk membaca, mata untuk menatap ayat Allah SWT, telinga untuk menadah dan mendengar ilmu mengenai al-Quran. Merasa diri tenang dan gembira dapat melaksanakan sesuatu amalan berkaitan dengan al-Quran.

 

Nikmat Yang Di Lupai

January 15, 2015 Leave a comment

5 Nikmat yang sentiasa di lupai oleh Umat Manusia terutama yang beragama Islam.

Nikmat Asas

Nikmat Akal

Nikmat Kesihatan

Nikmat Hati

Nikmat Iman

Nikmat Asas adalah nikmat yang mana membolehkan kita bernafas dengan senang dan segar. Nikmat Akal adalah akal fikiran yang telah di kurniakan oleh Allah SWT kepada kita untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Nikmat Kesihatan pula adalah nikmat yang mana membolehkan kita melakukan tugas harian dengan mudah sebagai contoh melihat, mendengar, merasa, makan dan minum menggunakan tangan dan sebagainya. Nikmat hati pula ialah ketenangan hati dan perasaan dalam hidup dan sebab munasabab dalam ketenangan hati adalah memiliki keluarga yang harmoni dan rakan – rakan yang baik serta saling bantu membantu.

Nikmat yang paling besar dan jarang di miliki adalah Nikmat Iman. Nikmat Iman memerlukan kita sentiasa ingat akan Allah SWT dan bersyukur dengan apa yang telah di berikan oleh Nya.

Solat Subuh Santapan Rohani Mulakan Hari

January 13, 2015 Leave a comment

Oleh Zamanuddin Jusohbh

Ciptaan manusia dilengkapkan dengan jasad, roh dan fikiran. Keseimbangan ketiga-tiga unsur itu digabungkan dalam tamadun Islam sehingga mereka menjadi cemerlang.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian, Dia menyempurnakan ciptaanNya dengan meniupkan di dalam tubuh manusia akan roh lalu dijadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati.” (Surah Sajadah, ayat 9)

Berdasarkan sejarah, kita melihat tamadun India hanya menumpukan kepada spiritual semata-mata, tamadun Rom dibina atas kekuatan jasad semata-mata dan tamadun Greek menumpukan kepada falsafah serta pemikiran.

Islam menggabungkan ketiga-tiga kekuatan sebagai pelengkap kepada ciptaan manusia. Namun, Islam meletakkan kekuatan roh mengatasi segala kekuatan lain.

Kekuatan itu menjadikan umat Islam memiliki jati diri tinggi dengan menjaga perintah Allah SWT, mengutamakan rohani berbanding jasmani.

Justeru, Allah SWT mewajibkan umat Islam sujud dua rakaat solat Subuh selepas dikembalikan roh mereka pada waktu pagi sebagai persediaan menghadapi perjalanan hari itu. Inilah kekuatan yang sering dilupakan umat Islam.

Cahaya kekuatan

Pendakwah terkenal di Timur Tengah, Dr Umar menyebut, pendedahan ilmiah mendapati cahaya kekuatan akan menyelubungi setiap tempat di bumi apabila berkumandang azan Subuh. Oleh itu, bagi mereka yang berpagi-pagi untuk solat Subuh akan mendapat segala kekuatan itu.

Demikianlah perintah Allah SWT yang terkandung dalamnya seribu rahmat untuk umat manusia. Di sinilah bermulanya kekuatan umat yang disarankan Allah SWT demi kebaikan hamba-Nya sekali gus dapat menghadapi segala rintangan serta dugaan.

Kekuatan dimaksudkan adalah kelapangan dada kerana manusia akan dapat menghadapi rintangan dan ranjau dengan kelapangan dada. Menunaikan solat Subuh sebagai sarapan rohani, umat Islam akan menjana kekuatan menghadapi rintangan kehidupan harian mereka.

Contoh yang dapat dipetik daripada al-Quran ialah kisah Nabi Musa dan Firaun. Apabila Nabi Musa diperintahkan untuk mengadap Raja Firaun yang telah melampaui batas, perkara pertama dipohon oleh Nabi Musa adalah kelapangan dada.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pergilah wahai Musa kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Musa berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku untuk menghadapinya.” (Surah Taha, ayat 24-25)

Jelaslah kelapangan dada suatu kekuatan untuk menghadapi tugas berat. Namun, segala-galanya berubah apabila kekuatan itu diambil alih oleh bukan Islam apabila mereka memulakan kehidupan harian lebih awal berbanding umat Islam.

Maka di sinilah letaknya kelemahan umat Islam sehingga mereka jauh ketinggalan daripada kaum lain. Kelemahan itu juga telah disedari Yahudi kerana mereka melihat kekuatan umat Islam yang boleh dijanakan oleh solat Subuh sudah berkurangan atau hampir tiada.

Baginda SAW bersabda: “Dua rakaat solat Subuh mendapat pahala melebihi dari nilai dunia dan segala khazanahnya.”

Menunjukkan pentingnya solat Subuh dalam kehidupan. Tidak dinafikan dosa juga akan gugur apabila kita bersabar menghadapi ujian dan bencana. Namun, kita juga perlu melihat ia juga peringatan daripada-Nya atau Allah SWT akan menggantikan dengan kebaikan yang hanya diketahui oleh-Nya.

Jika ia adalah peringatan, maka solat nadi kekuatan umat dalam menghadapi sebarang bencana. Peringatan Allah SWT amat jelas dalam firman yang bermaksud: “Kami tidak akan memusnahkan sesebuah tempat kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (Surah al-Qasas, ayat 50)

Dapat pertolongan

Solat Subuh juga berkait rapat dengan pertolongan Allah SWT kerana manusia amat memerlukan kepada pegangan yang kuat dan kepada Allah SWT tempat bergantung. Sabda Baginda SAW: “Solat Subuh berkait rapat dengan pertolongan Allah SWT.”

Mereka yang menunaikan solat Subuh akan mendapat perlindungan daripada Allah SWT seperti kelapangan dada, keceriaan bekerja, keutuhan minda serta jati diri yang waja.

Ulama mengungkapkan; “Sesiapa yang berpegang dengan dirinya, akan berasa penat. Sesiapa berpegang kepada akalnya semata-mata, maka dia akan sesat. Sesiapa yang berpegang kepada hartanya, akan berkurangan dan sesiapa yang berpegang dengan orang lain akan menjadi hina. Namun, jika mereka berpegang dengan Allah SWT, mereka bebas daripada kepenatan, kesesatan, kekurangan harta dan jauh daripada kehinaan.”

Pemikir terkenal, Dr Solah Sultan berkata: “Dunia akan sentiasa dipenuhi dengan manusia yang buruk, zalim, penipu, pengkhianat dan sebagainya. Segala-galanya di bawah pengurusan Allah SWT. Maka, mereka yang menunaikan solat Subuh akan dipelihara oleh Allah SWT daripada golongan itu. Ia juga akan menyelamatkan manusia daripada gelombang dosa yang melanda umat. Amat malang lagi apabila mendapati mereka yang menghadapi musibah masih lalai terhadap solat dan sibuk mengagihkan habuan dunia sehingga lupa kepada pencipta musibah itu sendiri dan akhirnya boleh mencetuskan pergaduhan sesama sendiri.”

Sesuatu yang perlu diingat adalah peranan syaitan dalam menggagalkan umat untuk mendekati Tuhannya. Pengaruh syaitan akan mengindahkan buaian tidur sehingga kita lupa keindahan pertemuan dengan Allah SWT

 

Posted by epondok di Januari 13, 2015

HUKUM MEMBERI ZAKAT KEPADA MANGSA BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR DAN LAIN-LAIN

December 29, 2014 Leave a comment

Soalan : Mohon pandangan SS Mufti tentang hukum memberikan zakat kepada mangsa banjir?

Jawapan : Dalam hal ini, perkara yang perlu difahami setiap mangsa kebiasaannya dalam keadaan amat memerlukan bantuan mengikut kadar kemusnahan yang dialami. Boleh jadi aset atau hartabendanya ranap sebahagian kecil, sebahagiannya atau musnah keseluruhannya. Dalam hal ini, marilah sama-sama kita memahami firman Allah SWT daripada Surah al-Taubah ayat 60.

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿٦٠﴾

Maksudnya : Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Ayat ini menunjukkan bahawa golongan yang berhak menerima zakat hanya lapan golongan sahaja. Jumhur fuqaha’ berpendapat tidak harus diberikan kepada selain daripada yang dinaskan al-Qur’an iaitu lapan golongan ini.

Mazhab Syafi’i menetapkan bahawa wajib dibahagi kepada semua yang ada dalam kalangan asnaf yang berhak menerima zakat. Sedangkan mazhab yang lain memadai dengan sekumpulan daripada golongan yang berhak menerima zakat sahaja. Ini juga difatwakan oleh Ibn Ajil al-Asma’ie dan ramai dalam kalangan ulama’ mutakihr kerana sukar mencari lapan asnaf. Inilah yang disebutkan dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin.

Berkenaan dengan isu di atas, sebahagian ulama’ menganggap bahawa ia adalah bencana yang menyebabkan hartabenda mereka musnah dan memerlukan kepada bantuan serta berhutang samada untuk diri mereka atau keluarga mereka. Justeru, kebanyakan ulama’ memasukkan golongan seperti ini dalam asnaf al-gharimin iaitu orang yang berhutang. Sebahagian ulama’ mensyaratkan jenis hutang ini adalah yang bersifat darurat dan keperluan dan bukan untuk kemewahan atau berfoya-foya.

Oleh kerana itulah kami menyatakan bahawa harus diberi zakat kepada golongan yang terkena mudarat atau bencana samada banjir besar, puting beliung, tanah runtuh, gempa bumi dan lain-lain yang menyebabkan rumah mereka musnah, tanaman mereka binasa, dan tidak ada lagi apa-apa yang mereka miliki. Mereka boleh dikategorikan sebagai golongan al-gharimin yang berhak menerima zakat.

Selain daripada nas di atas, jika dilihat kepada tafsiran ulama’ antaranya Mujahid yang berkata : “3 golongan boleh dikategorikan sebagai al-gharimin iaitu :

  •         Mereka  yang hartanya dihanyut oleh banjir atau bah.
  •         Mereka yang ditimpa kebakaran yang menyebabkan musnah hartanya
  •        Mereka yang mempunyai tanggungan dan tiada baginya harta untuk di infakkan kepada tanggungannya.

*juga termasuk wanita.

Kenyataan seperti di atas oleh Mujahid adalah bertepatan dengan hadith yang sahih yang dinyatakan daripada Qabisah bin Mukhariq al-Hilali yang berkata :

تَحَمَّلْتُ حَمَالَةً فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَسْأَلُهُ فِيهَا فَقَالَ ‏”‏ أَقِمْ حَتَّى تَأْتِيَنَا الصَّدَقَةُ فَنَأْمُرَ لَكَ بِهَا ‏”‏ ‏.‏ قَالَ ثُمَّ قَالَ ‏”‏ يَا قَبِيصَةُ إِنَّ الْمَسْأَلَةَ لاَ تَحِلُّ إِلاَّ لأَحَدِ ثَلاَثَةٍ رَجُلٍ تَحَمَّلَ حَمَالَةً فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَهَا ثُمَّ يُمْسِكُ وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ جَائِحَةٌ اجْتَاحَتْ مَالَهُ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ – أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ – وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ حَتَّى يَقُومَ ثَلاَثَةٌ مِنْ ذَوِي الْحِجَا مِنْ قَوْمِهِ لَقَدْ أَصَابَتْ فُلاَنًا فَاقَةٌ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ – أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ – فَمَا سِوَاهُنَّ مِنَ الْمَسْأَلَةِ يَا قَبِيصَةُ سُحْتًا يَأْكُلُهَا صَاحِبُهَا سُحْتًا ‏”

“Aku telah menanggung bebanan yang banyak lantas aku pergi mengadu kepada Rasulullah SAW. Maka Baginda bersabda mafhumnya : ‘Tetaplah kamu di sini sehingga datang kepada kami sedekah dan kami akan perintahkan supaya diberi kepadamu’. Kata Qabisah : ‘Kemudian Baginda SAW bersabda : ‘Hai Qabisah! Sesungguhnya meminta-minta tidak halal kecuali untuk tiga golongan sahaja. Lelaki yang menanggung bebanan maka halallah baginya meminta sehingga menyelesaikannya kemudian menyimpannya, lelaki yang ditimpa bencana sehingga binasa hartanya maka halal baginya meminta sehingga mencukupi bagi dirinya dalam meneruskan sisa kehidupan atau menyelesaikan keperluannya, lelaki yang ditimpa kefakiran sehingga datang tiga orang lelaki yang berakal dan bermaruah daripada kaumnya mengiyakannya yang dia telah ditimpa kefakiran maka layaklah untuknya meminta sehingga menyelesaikan keperluan hidupnya. Hai Qabisah! Selain daripada itu, meminta-minta itu dianggap sebagai haram dan memakannya adalah haram.”

(Riwayat Muslim, no. 1044)

Imam al-‘Azim al-Abadi menyatakan: “Siapa yang ditimpa hartanya dengan sebab kebinasaan daripada langit atau bumi seperti kesejukan, air batu, tenggelam dan seumpamanya yang menyebabkan tiada lagi baginya barangan untuk hidup maka haruslah baginya meminta sehingga dapat menyelesaikan kehidupannya semula.” [Aun al-Ma’bud 3/36]

Beberapa ulama’ telah memberi fatwa antaranya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang berkata : “Aku khususkan yang mengenai sifat al-gharimin bagi golongan yang terkena bencana alam sehingga binasa harta bendanya dan terpaksa kepada berhutang maka hukumnya dibolehkan. [Fiqh al-Zakat 2/623]

Begitu juga dengan Dr. Husamuddin bin Musa ‘Iffanah, Profesor Fiqh dan Usul dari Universiti al-Quds, Palestin yang menyatakan  hukumnya adalah harus diberikan kepada golongan seperti ini.

Saya berpendapat harus untuk memberi zakat kepada mereka, sebagaimana pendapat-pendapat yang dikemukakan dan saya cenderung untuk mencadangkan supaya hendaklah diberi kepada Baitulmal, seterusnya Baitulmal akan mengenalpasti golongan yang benar-benar terdesak dan memerlukan bantuan dengan membuat anggaran kerosakan yang ditanggung dan juga keperluan yang dihajatinya. Ini kerana, jika diberi secara langsung dengan kuantiti yang banyak, dibimbangi sebahagian sahaja yang memperolehnya sedangkan sebahagian yang lain tidak mendapat walaupun sedikit. Justeru, pasti rasa tidak selesa akan terwujud pada kebanyakan golongan yang ditimpa bencana yang tidak dapat apa-apa bantuan atau bantuan yang tidak mencukupi.

Baitulmal hendaklah menggerakkan tenaganya dengan seupaya mungkin bagi menyelesaikan kemelut tersebut dengan secepat mungkin kerana keperluan untuk hidup adalah bersifat segera. Semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada yang bertanya dalam menyalurkan bantuan berupa zakat ataupun infaq yang lain bagi membantu saudara-saudara seIslam yang terbabit dalam bencana seperti banjir dan lain-lain. Wallahua’lam

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Mufti Wilayah Persekutuan

 

DITULIS OLEH ADMIN PMWP PADA 29 DISEMBER 2014. DITERBITKAN DI DALAM IRSYAD FATWA

 

Kelahiran Kedua

May 11, 2013 Leave a comment

Tanggal 21 April 2013, wife di kehendaki untuk melaporkan diri di HKL untuk di masukkan ke wad bersalin memandangkan jarak kelahiran pertama & kedua tidak jauh. Aku menemani wife untuk pendaftaran wad, ku jangkakan pelbagai lagi ujian yang akan di lakukan tetapi agak sekejap, lebih kurang 15 minit wife aku sudah boleh ke wad untuk orang bersalin.

Setelah memasuki wad persediaan sebelum bersalin di HKL pada paginya, aku segera mencari sedikit bekalan makanan & minuman untuk wife di kedai yang berdekatan. Dan setelah memastikan segala kelengkapan & bekalan makanan untuk wife tersedia apabila wife memerlukan aku terus pulang ke rumah. Pada malamnya aku diberitahu wife perlu berpuasa bermula jam 12 malam dan esoknya wife akan di bawa ke bilik pembedahan.

Tanggal jam 12 tengahari 22 April aku bergegas ke HKL untuk berjumpa dengan wife sebelum di bawa masuk ke bilik pembedaha. Setibanya di sana aku lihat wajah wife aku & terasa cukup sayu kerana ini merupakan satu detik yang mencemaskan tetapi wife aku cukup gembira. Gembira kerana akan menyambut kelahiran anak kedua kami dan juga gembira kerana dapat memberikan zuriat kepada aku. Aku cukup sebak kerana pengorbanannya yang cukup besar.

Jam 2.25 petang aku di beritahu oleh jururawat yang bertugas untuk mempersiapkan wife dengan pakaian pembedahan. Aku mengiringi wife ke bilik persalinan dan menolong wife menyalin pakaiannya serta membaringkannya di atas katil yang akan di sorong ke dalam bilik pembedahan. Aku turut sama ke bilik pembedahan walaupun aku tidak di benarkan untuk masuk dama.

Jam 4 petang aku melihat wife aku di keluarkan dari bilik pembedahan tetapi tidak bersama bayi, aku terus bertanya jururawat yang bertugas, katanya bayi kami masih lagi di dalam bilik pembedahan & akan di keluarkan setelah doktor yang bertugas selesai melakukan pemeriksaan. Aku lega mendengarnya tambahan pula jururawat turut memberitahuku bahawa anak yang di lahirkan adalah bayi lelaki yang cukup sifatnya.

Setelah sampai di wad selepasa bersalin, aku membantu jururawat yang bertugas menyalin pakaian wife aku kepada pakaian biasa tetapi wife aku tidak boleh bangun dan masih lagi berpuasa sehingga malam. Ubat bius masih lagi memberi kesan dan aku lihat wife aku masih lagi kepenatan.

Setelah bayi kami di bawa ke wad, aku di beritahu jururawat untuk mendapatkan papers untuknya. Aku terus pergi mencari bayiku dan apabila di tunjukkan oleh jururawat yang bertugas, lega rasanya hatiku ini. Setelah mendekatinya aku terus sebak dan mengalirkan air mata. Aku memangkunya di tangan kiriku dan terus aku laungkan azan di kedua2 belah telinga bayiku & selesai aku mengazankanya, aku terus menamakan bayiku dengan nama Muhammad Zulhafiz dengan berbisik di telinganya. Setelah itu aku menyuapkan sedikit kurma di mulut bayiku ini.

Alhamdullillah setelah 3 hari menghuni di wad HKL, wife dan hafiz di benarkan keluar wad. Aku membawa mereka pulang ke rumah terlebih dahulu sebelum di bawa pulang ke kampung wife aku di Kulim. Selama berada di rumah selama 3 hari, jiran2 yang terdekat datang melawat termasuk bakal pengasuh anak2ku ini yang hanya di depan rumahku.

Ini adalah pengalam ke dua aku menerima anugerah daripada Allah SWT yang ternyata menyayangi aku serta hendak menguji kesabaran & keimanan aku. Anak merupakan anugerah yang cukup besar dan cukup memberi nikmat dalam kehidupan ini. Apabila aku membaca berita di media cetak, sedih menyelubungi aku kerana kasih seorang ibu bapa cukup kuat apabila menatap bayi yang baru di lahirkan. Inikan pula bayi yang di lahirkan di buang di merata tempat.

Sekian sedikit coretan tentang pengalaman aku menjadi bapa kepada anakku yang kedua hafiz.

Kelahiran Pertama

April 17, 2013 Leave a comment

Detik Dan hari yang tidak akan di lupakan dengan sewenang – wenangnya, tanggal 4 December 2011 jam 10 pagi, aku Di kejutkan dengan panggilan daripada isteri tercinta. Katanya, Di melakukan pemeriksaan di klinik panel berhampiran pejabatnya di Jalan Ampang. Dr yang memeriksanya mendapati tekanan darahnya agak tinggi dan menasihatkan isteri bercuti dan mendapatkan nasihat di HKL.

Tanpa melengahkan masa, aku terus memohon cuti di tempat kerja sambilan aku, terus memecut laju ke pejabatnya dan mengambilnya untuk mendapat rawatan susulan di HKL. Tetapi oleh kerana di HKL pada pagi itu terlalu ramai pelawat, maka aku berbincang debgan isteriku untuk datang pada waktu petang sedikit Dan terus membawa isteriku pulang ke rumah.

Jam 2 ptg, aku kembali membawa isteriku ke hospital dan keadaan perut isteriku masih lagi sepertimana pagi tadi. Terus ke Hospital Bersalin di HKL dan mendapatkan rawatan di bahagian tapisan terlebih dahulu. Dek kerana lama menunggu, aku Cuba melilau di kawasan hospitan, merokok di hadapan pintu hospital dan juga pergi minum di kedai berhampiran.

Tidak lama kemudian, aku terkejut dengan panggilan Dr yang bertugas untuk berjumpa dan berbincang dengan aku sebagai suami kepada isteriku. Setelah mendapat taklimat ringkas dari Dr yang bertugas, aku membuat keputusan yang penting iaitu membenarkan pihak hospital melakukan pembedahan secara cesarean bagi menyelamatkan nyawa anak dalam kandungan isteriku dan juga isteriku. Ini semua gara – gara tekanan darah isteriku yang agak tinggi & menyebabkan bayi dalam kandungan tidak senang duduk.

Isteriku di masukkan kedalam wad rawatan rapi, yang mana setiap jam tekanan darah isteriku di ambil termasuk denyutan jantung babyku serta Dr menyuntik hormon estrogen yang bertujuan untuk menguatkan paru – paru bayi di dalam kandungan.

5 December berlalu, tiada tanda – tanda isteriku akan di bedah lagi tetapi Mak mertuaku sudahpun sampai manakala mak kandungku pula dalam perjalanan. Petangnya pula aku Di beritahu oleh Dr yang bertugas bahawa tanggal 6 December, isteriku perlu di bedah.

Aku terima dengan redhaiNYA. 6 December, jam 12 tengahari isteriku di masukkan kedalam dewan bedah. Aku hanya mampu menunggu & berdoa agar isteri & anakku selamat semuanya.  tepat jam 2 petang aku dapat melihat bayi lelaki ku yang sulong & comel. Aku azankan di telinganya serta bisikkan namanya. Aku namakan bayiku dengan nama Muhammad Zulhilmi yang membawa maksud yang memiliki kesabaran & kesopanan.

Ketika aku menulis coretan ini, aku menanti kelahiran bayiku yang kedua dengan cara yang sama memandangkan isteriku mempunyai sejarah tekanan darah beserta dengan jarak yang tidak jauh dengan anak sulung ku.

Walaubagaimanapun, detik melihat bayiku yang pertama membuatkan aku menitiskan air mata kegembiraan. Isteriku yang telah bersalin masih belum dapat aku lawati lagi memandangkan semua ahli keluarga sedang melawat.

Aku cukup bersyukur kepadaNYA di atas kemurahan rezeki yang di berikan kepadaku walaupun aku sedikit kesempitan dan aku juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas hadiah yang tiada tandingan ini. Melihat anakku membesar dari sebesar tapak tangan hingga setinngi kepala lututku memberikan aku kesedaran sedikit sebanyak akan ke alpaan aku terhadap tanggungjawabku terhadapNYA.

Terimakasih ALLAH SWT.

Rukun Islam

October 24, 2012 Leave a comment

Rukun Islam merangkumi 5 perkara iaitu:

  1. Mengucap dua kalimah shahadah
  2. Menunaikan Solat 5 waktu
  3. Berpuasa di bulan Ramadan
  4. Menunaikan Zakat
  5. Menunaikan Haji di Makkah bagi yang mampu

 

Categories: Pendidikan Islam

Rukun Iman

October 21, 2012 Leave a comment

Rukun Iman adalah merupakan satu bentuk kepercayaan yang di pegang oleh semua Umat Islam di seluruh Dunia yang mana mengamalkan ajaran ahli sunnah wal jamaah. Berikut adalah apa yang di katakan Rukun Iman:

  1. Percaya Kepada Allah SWT
  2. Percaya Kepada Malaikat-Malaikat
  3. Percaya Kepada Rasul-Rasul
  4. Percaya Kepada Kitab-Kitab
  5. Percaya Kepada Hari Akhirat
  6. Percaya Kepada Qada’ dan Qadar
Categories: Pendidikan Islam

Detik Permulaan

January 31, 2012 Leave a comment

Detik Permulaan merupakan satu perkara yang sangat subjektif. Apa yang saya nak perkatakan di sini adalah detik permulaan bagi seorang yang memeluk agama Islam. Bagi mereka yang sejak lahir hidup di dalam sebuah keluarga Islam, mengamalkan cara hidup Islam dan menjalankan kewajipan bagi seorang Muslim adalah merupakan satu perkara yang tidak asing bagi mereka tentang tatacara hidup seorang Muslim tetapi bagi yang mereka baharu sahaja memeluk agama Islam, ianya merupakan satu perkara baru dan memerlukan tunjuk ajar yang betul supaya tidak terkeluar daripada landasan seorang Muslim yang sebenar.

Mengucap dua kalimah sahadah merupakan satu syarat penting yang perlu di ucapkan oleh seseorang yang mahu menganut agama Islam. Kalimah syahadah ini terkandung di dalam salah satu Rukun Islam yang akan saya bincangkan di dalam entry yang lain. Apa yang hendak saya perkatakan di sini adalah tentang bermulanya seseorang menganut agama Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah.

Kalimah syahadah terdiri daripada dua bahagian, iaitu mengaku bahawa Allah SWT itu adalah Tuhan yang satu, tiada Tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah SWT yang di utuskan untuk membimbing umat manusia ke jalan yang benar dan di redhai Allah SWT.

Categories: Pendidikan Islam